SETIU MENJADI KAWASAN PEMBENIHAN KETAM BAKAU

Para penyelidik daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat penyelidikan melalui pelbagai inisiatif dijalankan terhadap pembenihan ketam bakau bagi meningkatkan populasi spesies itu terutama di Setiu, Terengganu.Program khas dijalankan sejak 2014 di tanah lembap Setiu, selain pelbagai usaha secara saintifik diperkenalkan bagi mencari penyelesaian terbaik. Objektif program ini adalah untuk menghasilkan formulasi makanan untuk larva dan induk ketam bakau, meningkatkan kematangan kelenjar reproduksi (gonad) induk ketam bakau dan kualiti serta kadar hidup benih ketam itu. Pihak UMT mengkaji keberkesanan sistem kandang ketam terhadap jumlah populasi ketam bakau di habitat semula jadi serta mengkaji keberkesanan aktiviti ternakan ketam dalam sistem itu. Pihak UMT melalui AKUATROP berjaya menambah baik teknologi penghasilan benih ketam bakau di lokasi memproduksi benih, selain mewujudkan pusat penetasan benih ketam secara semula jadi di kawasan tanah lembap itu. Usaha untuk tujuan kegunaan penyelidikan, peningkatan populasi ketam akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi komuniti setempat. Ia sekali gus mencerminkan hubung kait antara gedung ilmu yang memiliki kepelbagaian bidang kepakaran dalam memberikan faedah serta manfaat kepada masyarakat setempat.

Previous Post Next Post