HARI STATISTIK NEGARA 2022


 

 

United Nations General Assembly (UNGA) telah mengisytiharkan Hari Statistik Sedunia disambut pada 20 Oktober 2010. Seterusnya, Hari Statistik Sedunia Kedua disambut pada 20 Oktober 2015 dan diraikan setiap lima tahun pada 20 Oktober. Sambutan Hari Statistik Sedunia di Malaysia telah disambut mulai tahun 2010 dengan mengadakan aktiviti yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat.

Buat julung kalinya pada tahun 2017, Malaysia telah menyaksikan bermulanya detik yang membanggakan apabila National Statistics Day secara rasminya dinamakan Hari Statistik Negara (HSN) serta telah diisytihar dan disambut secara tahunan. Sejak itu ia disambut pada setiap 20 Oktober secara tahunan bermula dari 2017 hingga 2021.

51st United Nations Statistics Commission (UNSC) telah memuktamadkan logo dan memilih slogan “Connecting The World With Data We Can Trust” sebagai tema sambutan bagi tempoh lima tahun iaitu 2020-2025.

Sejajar dengan penubuhan Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) yang telah mencapai usia sedekad, Sambutan Hari Statistik Negara (HSN) 2022 akan disambut bersekali dengan Sambutan Sedekad ILSM bermula pada 20 hingga 22 Oktober 2022 di ILSM, Sungkai, Perak dengan pelbagai aktiviti yang akan dijalankan.

Sambutan ini akan melibatkan kerjasama daripada DOSM, Kerajaan Perak dan pelbagai agensi tempatan dan swasta. Kebawah Duli Yang Maha Mulia (D.Y.M.M.) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfurlah dan D.Y.M.M. Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim juga berkenan berangkat ke Majlis Forum Perdana Hal Ehwal Islam Diraja pada 20 Oktober 2022.

Penganjuran Majlis Sambutan HSN dan Sedekad ILSM ini akan memberikan impak yang besar kepada inisiatif Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk memastikan pembudayaan statistik dapat memberi manfaat bagi menterjemah aspirasi Keluarga Malaysia dalam mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama.

Previous Post Next Post