Oleh :PN RODZILAH BT MOHAMED
Bukit Mak Dayang terletak dalam kawasan Taman Perumahan, Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu yang berketinggian 1,000 meter mempunyai keunikan dan tarikannya tersendiri. Masyarakat setempat telah menjadikan tempat ini sebagai lokasi beriadah mendaki sejak 15 tahun yang lalu. Usaha masyarakat setempat bersama Pejabat Daerah Kemaman telah memperindahkan sebahagian daripada 542 anak tangga dengan mewarna-warnikannya di samping membina Mercu Tanda, papan penunjuk arah serta kerusi rehat di puncak bukit. Manakala di kaki bukit tersedia gelanggang bola keranjang. Bukit Mak Dayang adalah di antara Produk Komuniti Pelancongan Setempat (CBT). Tempat dan panorama yang patut dilawati di atas Bukit Mak Dayang antaranya adalah Telaga Ratusan Tahun, Rumah D’Kramat, Air Terjun Mini dan Tembok Mini. Jika mahu melihat matahari terbit pengunjung perlu datang pada awal pagi dan sekiranya mahu melihat matahari terbenam boleh datang pada lewat petang.