Oleh : CIK HAMIDAH BT MOHD ZAKIR
TAMAN PERTANIAN DAN AIR TERJUN SEKAYU
o Taman Rekreasi dan Air Terjun Sekayu terletak 15 km dari bandar Kuala Berang dan hanya 45 minit perjalanan dari Kuala Terengganu.
o Terdapat tujuh tingkat air terjun dengan trek laluan kepada pengunjung yang ingin bersantai di hujung minggu.
o Pelbagai kemudahan disediakan antaranya termasuk wakaf rehat, tapak perkhemahan, gerai-gerai makanan dan ruang parkir kenderaan.
o Tarikan terkini adalah Taman Pertanian Sekayu seluas 85 ekar yang mempunyai kebun buahan tropika, restoran, kolam renang, zoo mini dan taman permainan kanak-kanak
HARGA TIKET DAN KEMUDAHAN LENGKAP
Harga tiket masuk ke Air Terjun Sekayu sangat berpatutan seperti di kebanyakan destinasi air terjun lain:
· Dewasa: RM 2.00 / seorang
· Kanak-kanak: RM 1.00/ seorang
Waktu operasi untuk berkelah di Air Terjun Sekayu dibuka setiap hari (kecuali musim tengkujuh) bermula jam 8.00 am – 5.00 am.
Kemudahan tempat letak kenderaan yang dikhaskan untuk pengunjung di Air Terjun Sekayu memang sangat luas cukup untuk memuatkan bas. Waktu cuti sekolah memang banyak bas-bas dari institusi pengajian yang datang ke sini untuk mengadakan program-program di Air Terjun Sekayu samaada kem bina semangat ataupun Hari Keluarga.
Destinasi perkelahan di sini memang sangat menyenangkan kerana semua kemudahan awam yang patut ada di sesebuah destinasi air terjun lengkap tersedia untuk pengunjung seperti kawasan letak kereta, gazebo, laluan jalan raya, denai jalan kaki berbata, tandas awam,penginapan, dewan serbaguna & sebagainya. Malah kalau pada hujung minggu (Jumaat & Sabtu) atau ketika musim cuti sekolah, banyak penjaja yang berniaga makanan santai di kawasan parking kereta.
Lokasi Air Terjun Sekayu
Lokasinya yang terletak di Kuala Berang mengambil masa kurang lebih 40 minit – sejam memandu dari Bandar Kuala Terengganu. Dari Bandar KT pengunjung perlu melalui jalan utama Kuala Terengganu-Kuala Berang. Sekiranya melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) samaada memandu dari Dungun atau KT, boleh susur keluar di simpang Ajil.
Dari Pekan Ajil terus memandu ke Kuala Berang lebih kurang 10 minit. Sebaik sampai di Kuala Berang melalui jalan utama ini anda akan berjumpa simpang ke kiri menuju ke Hutan Lipur Sekayu yang mana pengunjung perlu melalui jalan kampung kira-kira 15 minit memandu. Jalan kampung ini juga dalam keadaan baik & mudah untuk dilalui samaada dengan kereta, bas ataupun motosikal. Yang hanya menjadi cabaran kalau melalui jalan kampung ini adalah lembu-lembu yang berkeliaran serta najis lembu di atas jalan raya