08082023: Sesi Kunjungan Hormat kepada Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Terengganu, Encik Mohamad Zikri Bin Mat Isa yang diketuai oleh Timbalan Pengarah DOSM Terengganu, Puan Norhaizan binti Mohd Basri dan pegawai DOSM Terengganu telah diadakan di Jabatan Ukur dan Pemetaan Terengganu. Objektif kunjungan adalah untuk memaklumkan pelaksanaan kerja luar bagi mendapatkan data pertanian untuk persediaan Banci Pertanian 2024 yang merangkumi tempat kediaman dan pertubuhan perniagaan di seluruh daerah, serta mendapatkan informasi berkenaan sempadan yang terkini mengikut mukim di peringkat Negeri Terengganu. Selain itu, kunjungan hormat ini turut bertujuan untuk menjalinkan hubungan strategik diantara DOSM Terengganu dan JUPEM Terengganu.
Sesi Kunjungan Hormat kepada Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Terengganu, Encik Mohamad Zikri Bin Mat Isa yang diketuai oleh Timbalan Pengarah DOSM Terengganu
Dilulus Terbit OlehDOSM Terengganu Blog
•