9 - 10 Julai 2023:
Taklimat Pengukuhan Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) 2008 Ver 1.0 kepada DOSM Negeri Mengikut Zon (Zon Timur) telah dihadiri oleh anggota DOSM Terengganu, DOSM Kelantan dan DOSM Pahang bertempat di Bangunan TD1303, Kuala Terengganu.
Objektif taklimat ini diadakan adalah bagi:
a) Memberi kefahaman kepada peserta mengenai MSIC dan strukturnya secara keseluruhan dan kepentingannya dalam proses pengumpulan data;
c) Memberi pendedahan kepada peserta mengenai situasi berkaitan aktiviti ekonomi atau jenis perniagaan yang wujud masa kini; dan
d) Menyampaikan hala tuju MSIC 2008 ver. 1.0 terhadap survei/ banci akan datang
Semoga sesi taklimat ini dapat memberikan kefahaman yang jelas berkaitan penggunaan MSIC dalam bancian dan survei Jabatan yang dijalankan oleh pihak DOSM. Terima kasih diucapkan kepada para penceramah daripada Ibu Pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia yang sudi bertandang ke DOSM Negeri Terengganu.