kunjungan hormat ke Pejabat Lembaga Sawit Cawangan Kuala Terengganu (MPOB)

 01062023 - DOSM Terengganu telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Pejabat Lembaga Sawit Cawangan Kuala Terengganu (MPOB) dan disambut oleh Encik Mohd Sukri Bin Abd Manap, Penolong Pegawai Penguatkuasa. Sesi ini bertujuan untuk membuat hebahan berkenaan Banci Pertanian 2024 pada tahun hadapan dan mendapatkan data pentadbiran terkini bagi persediaan Banci Pertanian 2024 yang melibatkan profil pekebun kecil kelapa sawit Negeri Terengganu mengikut daerah.

Terima kasih kepada pihak MPOB Cawangan Kuala Terengganu kerana menerima kunjungan daripada pihak kami.
Previous Post Next Post