SESI LAWATAN PERSEDIAAN AUDIT DALAM PEMANTAUAN PENSIJILAN ISO/IEC 27001:2013 INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEM (ISMS) DOSM BAGI TAHUN 2023 (DOSM TERENGGANU)
21 FEBRUARI 2023, KUALA TERENGGANU: Sesi lawatan persediaan audit ISMS ini telah diadakan di Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu, Aras 2, Wisma PERKESO yang diketuai oleh Puan Sabrina binti Abdul Rahim dan pegawai-pegawai daripada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Jabatan Perangkaan Malaysia.
Objektif sesi ini diadakan adalah sebagai persiapan awal bagi memastikan proses auditan sebenar berjalan dengan lancar supaya Jabatan dapat mengekalkan pensijilan ISMS. Terima kasih kepada pegawai BPM yang telah turun padang bagi memberikan pandangan dan tunjuk ajar kepada anggota DOSM Terengganu bagi memastikan segala keperluan auditan kelak dapat dipatuhi dengan jelas.