SIRI JELAJAH PARLIMEN DAN DUN : PENEMUAN UTAMA BANCI MALAYSIA 2020 NEGERI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 23 JUN 2020: DOSM Terengganu telah menganjurkan Siri Jelajah Parlimen dan DUN: Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 Negeri Terengganu bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman. Program ini dihadiri oleh YB Dato' Haji Yahaya bin Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu mewakil Menteri Besar Terengganu. YBhg Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia telah menyampaikan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 peringkat Negeri Terengganu.

Warga DOSM mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Exco Negeri Terengganu, ahli parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri, ketua jabatan, pegawai kanan kerajaan Negeri, tuan/puan, wakil media dan para hadirin sekalian diatas kesudian untuk hadir ke program ini. Semoga penemuan banci ini dapat membantu pihak pembuat dasar dalam misi pembangunan negara dan masyarakat demi menjadikan Terengganu Maju Berkat Sejahtera.
Untuk maklumat lanjut: www.dosm.gov.my
Portal: Jabatan Perangkaan Malaysia
Portal: Banci Penduduk & Perumahan Malaysia
Facebook:
Jabatan Perangkaan Malaysia
Banci Penduduk & Perumahan Malaysia
Twitter: Jabatan Perangkaan Malaysia
Instagram: Jabatan Perangkaan Malaysia
Previous Post Next Post