Jangka Hayat Wanita Malaysia

 Oleh : PN CHE MARIANI BT CHE ANAN

 


Perbandingan mengikut jantina menunjukkan secara purata bayi perempuan hidup lebih lama berbanding bayi lelaki dengan peningkatan jangkaan hayat 0.5 tahun berbanding lelaki, 0.4 tahun bagi tempoh 2011 hingga 2021. Ini bermakna, seorang bayi perempuan yang baru lahir pada 2021 secara purata dijangka boleh hidup sehingga 78.3 tahun manakala bayi lelaki dijangka boleh hidup sehingga 73.2 tahun. Trend siri masa menunjukkan peningkatan yang konsisten jangka hayat perempuan adalah lebih lama daripada lelaki semenjak Jadual Hayat Ringkas dikeluarkan. Antara faktor yang menyumbang adalah perbezaan cara hidup lelaki dan perempuan yang mana lelaki lebih terdedah kepada nature of work yang berisiko. Peningkatan jangkaan hayat adalah selari dengan sistem perkhidmatan kesihatan yang baik dan kesedaran penduduk terhadap kepentingan menjaga kesihatan yang semakin meningkat.


 

Previous Post Next Post