HEBAHAN: e-POSTER PERKHIDMATAN INFORMASI TRAFIK BAGI BANDAR UTAMA DI MALAYSIA DI PORTAL KERAJAAN MALAYSIA (MYGOVERNMENT)

 Perkhidmatan Informasi Trafik Bagi Bandaraya Utama di Malaysia dibangunkan oleh PROJEK GOS GATEWAY untuk membantu pengguna merancang perjalanan berdasarkan analisa trafik semasa serta analisa ramalan trafik jam yang berikutnya.  

 

 

Analisa trafik ini merangkumi jalan-jalan di bandaraya utama di Malaysia seperti berikut:-

                                   i. Johor Bahru, Johor;

                                  ii. Ipoh, Perak;

                                 iii. George Town, Pulau Pinang;

                                 iv. Melaka;

                                 v. Kuching, Sarawak;

                                 vi. Seremban, Negeri Sembilan; dan

                                vii. Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor (Lembah Klang) 

Pengguna boleh mencapai Perkhidmatan Informasi Trafik Bagi Bandar Utama di Malaysia dengan melayari www.malaysia.gov.my  

 

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan informasi trafik ini, bolehlah menghubungi pegawai berikut melalui e-mel, Rosidah binti Abdul Majid (rosidah@mampu.gov.my) dan di talian (03-8872 3074).


 

Previous Post Next Post